Menteri Kewangan II Nor Mohamed Yakcop

Pada 15 Mei 2000, beliau dilantik sebagai penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad.Ketika ini berlaku spekulasi mata wang hingga menyebabkan berlakunya Krisis Kewangan Asia (1997-98).


Pada 2002, beliau dilantik sebagai Pengarah Khazanah Nasional - satu entiti bagi menyelamatkan beberapa buah syarikat GLC yang berhadapan Krisis Kewangan 1997-1998 seperti United Engineers Malaysia Berhad dan Malaysia Airline.


Beliau dilantik oleh PM , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan II dari 2004 hingga 9 April 2009. Kemudian beliau diganti oleh Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dari Tambun,Perak.


Beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara untuk dua penggal (Januari 2004) dan bertanding di parlimen Tasek Gelugor Pulau Pinang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau menggantikan Datuk Mohd. Shariff Omar di Tasek Gelugor.

Pada April 2009 susulan kepada penstrukturan semula Kabinet, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerajui Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta.